Friday, 19 August 2011

World Humanitarian Day 2011


World Humanitarian Day (WHD)


 WHD disambut pada 19 August, meraikan mereka yang dedikasikan hidup dalam aktiviti kemanusiaan.  Mahu tahu sejarah sambutan yang dimulakan sejak tahun 2009 ini? Buat research sendiri, jangan malas. Ketahui kenapa tarikh 19 August itu dipilih, sejarah ringkasnya sudah cukup.



Oh ya, kenali juga siapa dia Sérgio Vieira de Mello (R.I.P), individu penting dalam sambutan WHD ini. Susuk tubuh yang pernah terlibat dalam aksi rusuhan pelajar dan anak muda pada tahun 1968 di Kota Paris menentang pemerintahan kerajaan pimpinan Charles de Gaulle pada ketika itu, dan telah dihayun oleh baton Polis hingga menyebabkan kecacatan kekal pada mukanya (bahagian mata sebelah kanan).  (Aksi bersejarah protes 68 ini amat bermakna dalam lipatan sejarah perjuangan dan penglibatan anak muda abad yang lalu, dan harap dalam post yang akan datang dapat dikongsi bersama sejarahnya)

15 March 1948 - 19 Aug 2003
Munir Said Thalib (R.I.P) juga merupakan antara individu yang patut dikenang dalam menyambut WHD ini. Beliau lantang menyuarakan pendapat dalam menentang ketidakadilan, aktif dalam perjuangan mempertahankan hak asasi manusia di Indonesia dan juga di luar Indonesia, biarpun tahu risiko yang dihadapinya, dan ianya berakhir pada 7 September  2004, selepas diracun dalm penerbangan menuju Armsterdam.

8 Dec 1965 - 7 Sep 2004

Salam hormat buat semua individu yang telah/sedang/akan mendedikasikan hidup dalam aktiviti kemanusiaan di seluruh dunia ini, yang sudah mati atau masih bernyawa dan bergelut dalam melaksanakan tugas itu,  selamat menyambut WHD 2011. (A)//M.I.K//(E)


No comments:

Post a Comment