Wednesday, 14 September 2011

Setan Senja

Berfikir merupakan sesuatu yang essential dalam hidup seharian ini. Pasca berfikir itu wujudkan persoalan, jawapan,pendapat dan juga perkara yang sentiasa menjadi perhatian, iaitu konflik. Hargai konflik yang tercetus itu, dan dari situ api di sumbu benak pemikiran akan sentiasa terbakar, terangi hidup kalian. Api itu akan sentiasa terliuk di tiup angin, tapi akan terus marak. Konflik juga wujudkan kekacauan, luaran atau dalaman, dizahirkan atau tidak, pusingan itu sentiasa ada, dan kita berpusing semula kepada aksi berfikir.

Kami menghargai konflik, dan perbezaan pendapat itu merupakan suatu perkara yang diraikan.
Perbincangan melalui perbezaan pendapat hasil dari benak pemikiran tiap individu itu membawa kepada perbincangan yang konstruktif, dan biar semua dapat percikan pengetahuan yang membawa kepada kematangan pemikiran.

Dan kami akan mulakan disini dengan berkongsi persoalan yang ada dalam kepala ini, persoalan yang diwujudkan sendiri  terhadap band ini sendiri dan dijawab sendiri oleh individu-individu dalam band ini sendiri, yang terbit dari pemikiran dari kami di sini.

SENDIRI TANYA, SENDIRI JAWAB
(A) //M.I.K// (E)

No comments:

Post a Comment