Friday, 12 August 2011

International Day of the World's Indigenous People


Belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Orang Asal Sedunia 2011.

sumber foto : MalaysiaKini

Buat pengetahuan, ianya diraikan setiap setiap tahun pada tarikh 9 August, dimana memperingati persidangan pertama pada tarikh yang sama pada tahun 1982 yang lalu,  iaitu persidangan oleh United Nations untuk membincangkan tentang soal hak asasi manusia dan kaitannya dalam soal isu hak orang asal sedunia. Perlindungan hak untuk mereka adalah dijamin dalam deklarasi yang didukung oleh umat manusia di muka bumi ini dan hari itu adalah hari untuk meraikan, memperingati dan menandakan hak mereka.

sumber foto : bujangsusahblog


Sambutan sedunia yang ini diharap terus menjadi penanda dan ingatan buat masyarakat dunia dan Malaysia khususnya untuk sentiasa sedar tentang soal hak asasi manusia, dan dalam perkara ini, tentang hak orang asal itu sendiri. Ambil tahu tentang isu sekitar yang berputar dalam soal hak asasi orang asal , yang di permukaan dan juga di balik tikar. Isu konflik tanah, penafian hak mendapat bantuan kebajikan, pencabulan hak wanita di kem balak, itu semua hanyalah sekelumit cerita dari mereka. Lontarkan persoalan itu menjadi timbunan persoalan, dan kita bakarkan timbunan itu dengan api semangat bersama jawapan kepada aksi kita buat isu itu.

sumber foto : lsheatherlyblog



KONSIKOU


No comments:

Post a Comment